Powered By Blogger

Friday, 4 March 2011

Akta Pendidikan yang berkaitan dengan prasekolah AKTA PENDIDIKAN 1996 (Akta 550)

Akta Pendidikan yang berkaitan dengan prasekolah 

AKTA PENDIDIKAN 1996 
(Akta 550)
 
Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi 
pendidikan dan bagi perkara-perkara yang berkaitan
 
dengannya.
 
[31hb Disember 1997] 

“pendidikan prasekolah” ertinya program pendidikan bagi murid yang berumur dan empat hingga enam tahun;

BAHAGIAN IV 
SISTEM PENDIDIKAN KEBANGSAAN
 
Bab 1—Sistem Pendidikan Kebangsaan
 

15. Sistem Pendidikan Kebangsaan. 
Sistem Pendidikan Kebangsaan hendaklah terdiri 
daripada - 
(a) pendidikan prasekolah; 
(b) pendidikan rendah; 
(c) pendidikan menengah; 
(d) pendidikan lepas menengah; dan 
(e) pendidikan tinggi, 
tetapi tidak termasuk pendidikan di sekolah ekspatriat. 

Bab 2 — Pendidikan Prasekolah 
20. Larangan terhadap penubuhan, pengendaIian atau pengurusan tadika. 
(1) Tiada tadika boleh ditubuhkan, dikendalikan atau diuruskan melainkan jika tadika itu didaftarkan di bawah Akta ini. 

(2) Seseorang yang melanggar subseksyen (1) adalah melakukan suatu kesalahan. 

21. Kuasa Menteri untuk menubuhkan tadika. Menteri boleh, tertakluk kepada peruntukan Akta ini, menubuhkan dan menyenggarakan tadika. 

22. Kurikulum prasekolah. 
Program dan kegiatan tiap-tiap tadika hendaklah berasaskan garis panduan kurikulum untuk tadika yang diluluskan oleh Menteri. 

23. Bahasa pengantar di tadika 
Walau apa pun subseksyen 17(1), bahasa-bahasa selain daripada bahasa kebangsaan boleh digunakan sebagai bahasa pengantar di tadika, tetapi jika sesuatu tadika menggunakan bahasa selain daripada bahasa kebangsaan, bahasa kebangsaan hendaklah diajarkan sebagai mata pelajaran wajib. 

24. Kuasa untukmembuat peraturan berhubungan dengan pendidikan prasekolah. 
Menteri boleh membuat peraturan-peraturan untuk melaksanakan peruntukan Bab ini. 
KURIKULUM PRASEKOLAH KEBANGSAAN 
Akta pendidikan 1996 (Pindaan seksyen 22) 
22(1) Menteri hendaklah menetapkan suatu kurikulum yang dikenali sebagai Kurikulum 
Prasekolah Kebangsaan yang hendaklah digunakan oleh semua tadika dalam sistem 
Pendidikan Kebangsaan.
 

(2) Kurikulum
 Prasekolah Kebangsaan yang ditetapkan di bawah subseksyen (1) hendaklah menyatakan pengetahuan kemahiran dan nilai yang dijangka akan diperoleh oleh murid- murid pada akhir tempoh pendidikan prasekolah masing-masing.

picture

Objektif KSPK

Objektif KSPK

Kurikulum Prasekolah  Kebangsaan menyediakan peluang kepada murid berumur 4-6 untuk mencapai objektif berikut

Jasmani:
  Mempunyai tubuh badan yang sihat
  Mempunyai kecergasan dan kemahiran fizikal asas
  Mempraktikkan amalan kesihatan yang baik
  Mempraktikkan langkah-langkah menjaga keselamatan
Menguasai kemahiran psikomotor asas – kemahiran motor

Emosi:
  Mempunyai konsep kendiri yang positif
  Mempunyai keyakinan diri
  Mempunyai jati diri
  Berani mencuba
  Mempunyai kematangan emosi
  Menghormati perasaan dan hak orang lain
Boleh bekerja secara bersendirian dan juga bekerja secara berkumpulan

Intelek:
  Berkomunikasi dengan baik (membaca, menulis dan bertutur)  menggunakan bahasa Malaysia
  Berkomunikasi dengan menggunakan bahasa Inggeris
  Berkomunikasi dengan baik menggunakan bahasa Cina (untuk yang berkenaan)
  Berkomunikasi dengan baik menggunakan bahasa Tamil ( untuk yang berkenaan)
  Memperolehi kemahiran proses sains asas
  Memperolehi kemahiran matematik asas
  Memperolehi kemahiran berfikir asas, kemahiran menaakul
  Memperolehi kemahiran asas dalam menyelesaikan masalah dalam kehidupan seharian murid
  Mempunyai daya kreatif dan estetika
  Menghargai keindahan alam dan warisan budaya

Rohani:
  Mengamalkan nilai murni
  Mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian untuk murid beragama Islam.

Sosial:
  Berkebolehan berkomunikasi yang mantap.
  Membentuk perhubungan yang positif dengan orang dewasa dan rakan sebaya.
  Menyuarakan pandangan dan perasaan.
  Bekerjasama dengan orang lain.

bidang tugas pembantu pengurusan murid prasekolah

Urusan Pentadbiran Kelas Prasekolah
(a) Membantu guru mendaftar kehadiran murid-murid prasekolah setiap hari.
(b) Membantu guru membuat inventori peralatan dan bahan di dalam kelas prasekolah.
(c) Melaksanakan tugas dalam urusan surat menyurat yang berkaitan dengan prasekolah.
(d) Merekodkan pembelian bahan dan peralatan prasekolah.
(e) Mengemaskini data dan maklumat bagi murid-murid prasekolah.
(f) Menguruskan pendaftaran murid-murid prasekolah.
(g) Menghubungi agensi-agensi lain atau pihak luar yang bekerjasama atau bagi mendapatkan maklumat berkaitan prasekolah.
(h) Membantu guru membuat lawatan susulan ke rumah ibu bapa atau penjaga murid bagi murid-murid yang bermasalah.
(i) Membantu guru dalam menguruskan akaun dan perkara yang berkaitan dengan kewangan prasekolah.
(j) Merekodkan perbelanjaan dan sumbangan yang diterima untuk prasekolah.

Urusan Pengajaran/Pembelajaran Murid-murid Prasekolah
(a) Membantu guru prasekolah merancang aktiviti bimbingan dan asuhan.
(b) Membantu menimbulkan suasana yang selesa, selamat dan menggembirakan bagi meransang bimbingan dan asuhan.
(c) Membantu mewujudkan dan merangsang naluri ingin tahu, minat untuk meneroka dan menjelajah di kalangan murid-murid prasekolah.
(d) Membantu merangsang dan meningkatkan motivasi murid-murid prasekolah supaya bersedia untuk belajar.
(e) Membantu memilih dan menyediakan bahan-bahan serta peralatan yang sesuai dengan keperluan, kesediaan dan perkembangan murid-murid prasekolah.
(f) Membantu mengawas dan menjaga keselamatan, kesihatan dan keselesaan murid-murid sama ada di dalam atau di luar kawasan sekolah semasa murid-murid berkenaan di bawah jagaannya.
(g) Memberi bantuan kepada murid-murid dan mendampingi mereka semasa menjalankan aktiviti-aktiviti harian di sekolah supaya mereka dapat melibatkan diri secara aktif.
(h) Membantu guru prasekolah dalam penyediaan pengajaran dan pembelajaran prasekolah.

Urusan Penyediaan Makanan/Mengemas/Membersih

(a) Menyedia dan menghidangkan makanan dan minuman yang bersih, berzat dan seimbang bagi murid-murid prasekolah.
(b) Mengemas dan membersihkan perkakas seperti pinggan, piring, cawan, peralatan dapur, mangkuk, cerek, peti ais dan sebagainya.
(c) Menyedia dan mengemaskan bilik darjah dan bilik-bilik atau ruang yang lain sebelum dan selepas kelas termasuk menyapu, mengunci kelas dan menjaga kebersihan bilik darjah dan ruang-ruang lain.
(d) Mengatur kerusi dan meja serta membantu guru menyusun alat dan bahan pengajaran di dalam kelas.

Urusan Menjaga Hal Ehwal Murid
(a) Melayani karenah murid-murid prasekolah dan menolong memastikan murid-murid sentiasa berkeadaan bersih.
(b) Berusaha untuk menjadi contoh teladan yang baik kepada murid-murid dari segi tingkah laku, tutur bahasa dan kekemasan diri.
(c) Menyambut kedatangan murid-murid semasa menghadiri kelas dan juga memastikan murid-murid keluar kelas dalam keadaan selamat.
(d) Membantu murid-murid ke tandas sekiranya perlu dan membantu memerhatikan murid-murid sentiasa dalam keadaan sihat dan bersih.
(e) Membantu guru prasekolah menjaga keselamatan alatan dan kemudahan prasekolah di dalam dan di luar kelas.
(f) Membantu mengawasi murid-murid prasekolah semasa ketiadaan guru prasekolah